Diet Rasulullah


1. Tidak Mencela Makanan yang Tidak Disukai

Abu Hurairah r.a berkata, “Rasulullah SAW tidak pernah sedikit pun mencela makanan. Bila baginda berselera, baginda memakannya dan jika baginda tidak menyukainya, maka baginda meninggalkannya.” [HR Bukhari dan Muslim]

Dari Jabir ra. bahawa Rasulullah SAW pernah berkata kepada keluarganya (isterinya) tentang lauk pauk. Mereka menjawab, “Kami hanya punya cuka.” Lalu baginda memintanya dan makan dengannya seraya berkata, “Sebaik-baik lauk pauk ialah cuka (al-khall). Sebaik-baik lauk pauk adalah (yang mengandungi) cuka.” [HR Muslim]

2. Mencuci Tangan Sebelum dan Selepas Makan

Rasulullah SAW bersabda, “Barang siapa yang tertidur sedang di kedua tangannya terdapat bekas gajih/lemak (kerana tidak dicuci) dan ketika bangun pagi ia menderita suatu penyakit, maka hendaklah dia tidak menyalahkan kecuali dirinya sendiri.”

3. Membaca Basmalah dan Hamdalah

Rasulullah SAW bersabda, “Jika seseorang di antara kamu hendak makan, maka sebutlah nama ALLAH SWT. Dan jika ia lupa menyebut nama-NYA pada awalnya maka bacalah, “Bismillahi awwalahu wa akhirahu.” (Dengan menyebut nama ALLAH SWT pada awalnya dan pada akhirnya.)” [HR Abu Dawud]

Dalam riwayat lain, disebutkan bahawa suatu ketika Rasulullah SAW tersenyum, baginda menjelaskan ketika seorang Muslim tidak membaca Basmalah sebelum makan, maka syaitan akan ikut makan dengannya. Namun, ketika Muslim tersebut teringat dan menyebut nama ALLAH SWT maka syaitan pun langsung memuntahkan makanan yang sudah dimakannya.

Rasulullah SAW juga bersabda, “Sesungguhnya ALLAH SWT meredhai seorang hamba yang ketika makan suatu makanan lalu dia mengucapkan Alhamdulillah. Dan apabila dia minum suatu minuman maka dia mengucapkan Alhamdulillah.” [HR Muslim, Ahmad dan Tirmidzi]

4. Makan Menggunakan Tangan Kanan

Abdullah bin Umar r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Jika salah seorang di antaramu makan, maka hendaklah ia makan dengan tangan kanannya dan jika ia minum maka hendaklah minum dengan tangan kanannya. Sebab syaitan itu makan dan minum dengan tangan kirinya. [HR Muslim]

Info: Kedua tangan manusia mengeluarkan tiga jenis enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan lebih banyak daripada di tangan kiri. Enzim tersebut sangat membantu dalam proses pencernaan makanan.

5. Tidak Bersandar Ketika Makan

Rasulullah SAW bersabda, “Aku tidak makan dengan posisi bersandar (muttaki-an).” [HR Bukhari]

“Muttaki-an” ada yang mentafsirkan duduk silang kaki dan ada pula yang mentafsirkan bersandar kepada sesuatu, baik itu bersandar di atas salah satu tangan atau bersandar pada bantal. Ada pula yang mentafsirkan bersandar pada isi badan.

Rasulullah SAW jika makan, tidak makan dengan menggunakan alas duduk seperti bantal duduk sebagaimana orang-orang yang ingin makan banyak dan menu makanan yang pelbagai. Rasulullah SAW menjadikan makanannya sebagai ibadah kerana ALLAH SWT. Oleh sebab itu, baginda duduk tanpa alas dan mengambil makanan secukupnya.

6. Memakan Makanan yang Terdekat Dahulu

Umar bin Abi Salamah r.a bercerita, “Saat aku belia, aku pernah berada di kamar Rasulullah SAW dan kedua tanganku seringkali mengacak-acak piring-piring. Rasulullah SAW bersabda kepadaku, “Nak, bacalah Bismillah, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah dari makanan baik yang terdekat.” [HR Bukhari]

7. Makan Ketika Lapar dan Berhenti Sebelum Kenyang

Dari Mikdam bin Ma’dikarib r.a menyatakan pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Tiada memenuhi anak Adam suatu tempat yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah anak Adam itu beberapa suap yang dapat menegakkan tulang punggungnya. Jika tidak ada cara lain, maka sepertiga (dari perutnya) untuk makanannya, sepertiga lagi untuk minuman dan sepertiganya lagi untuk bernafas.” [HR Tirmidzi dan Hakim]

8. Menjilat Jari Selepas Makan

Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Jika salah seorang di antaramu makan, maka hendaklah ia menjilat jari-jemarinya, kerana ia tidak mengetahui dari jemari mana yang munculnya keberkatan. [HR Muslim]

Ka’ab bin Malik r.a memberikan kesaksian bahawa ia pernah melihat Rasulullah SAW makan dengan menggunakan tiga jarinya dan baginda menjilatinya selesai makan. [HR Muslim]

Info: Penemuan kesihatan moden menunjukkan bahawa ketika kita makan dengan jari dan menjilati jari untuk membersihkannya, maka jari tersebut mengeluarkan enzim yang sangat membantu bagi kelancaran pencernaan.

9. Membuang Kotoran dan Makanan yang Terjatuh Lalu Memakannya.

Dari Anas bin Malik r.a berkata bahawa Rasulullah SAW sering makan dengan menjilati ketiga jarinya (ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah) seraya berkata, “Apabila ada makananmu terjatuh, maka buanglah kotorannya dan hendaklah ia memakannya serta tidak membiarkannya untuk syaitan. Dan baginda memerintahkan kami untuk menjilati pinggan seraya bersabda, “Sesungguhnya kamu tidak mengetahui pada makanan yang mana adanya berkah itu. [HR Muslim]

Nota: Islam melarang kita daripada membazir, termasuk dalam hal makanan berlebihan sehingga tidak habis dimakan. Makanan yang membaziri itu akhirnya dibiarkan untuk syaitan, padahal boleh jadi sebenarnya pada makanan itu terdapat keberkatan. Oleh sebab itu, ketika mengambil makanan seharusnya dianggarkan terlebih dahulu supaya makanan tersebut akan habis dimakan.

10. Makan dan Minum Sambil Duduk

Rasulullah SAW suatu ketika melarang seorang lelaki minum sambil berdiri. Berkata Qatadah, “Bagaimana dengan makan?” Rasulullah SAW menjawab, “Itu lebih buruk lagi.” [HR Muslim]

11. Tidak Bernafas Ketika Minum dan Menjauhkan Mulut Dari Tempat Minum Ketika Bernafas

Dari Abu Al-Mutsni Al-Jahni ra berkata, aku pernah berada di rumah Marwan bin Hakam, tiba-tiba datang kepadanya Abu Sa’id r.a. Marwan berkata kepadanya, “Apakah engkau pernah mendengar Rasulullah SAW melarang bernafas di tempat minum?” Abu Sa’id menjawab, “Ya. Ada seseorang pernah berkata kepada Rasulullah SAW, “Aku tidak kenyang dengan air hanya satu kali nafas.” Lalu Rasulullah SAW bersabda, “Jauhkanlah tempat air (gelas) dari mulutmu. Lalu bernafaslah!” Orang itu berkata lagi, “Sesungguhnya aku melihat ada kotoran pada tempat minum itu.” Lalu Rasulullah SAW bersabda, “Kalau begitu, tumpahkanlah!”” [HR Abu Dawud]

Dari Ibnu Abbas, r.a berkata, “Rasulullah SAW telah melarang untuk menghirup udara di dalam gelas (ketika minum) dan meniup di dalamnya.” [HR Tirmidzi]

Info: Apabila minum sambil bernafas, tubuh kita mengeluarkan CO2 (gas karbon dioksida). Apabila CO2 bercampur dengan air; H2O, akan terhasil H2CO3 iaitu cuka yang akan menyebabkan minuman menjadi berasid.

Hal ini juga terjadi ketika meminum air panas. Makanan dan minuman panas sebaiknya tidak didinginkan dengan ditiup tetapi cukup sekadar dikipas.

12. Tidak Berprasangka Buruk Jika Makan Ditemani Orang yang Berpenyakit

Dari Jabir r.a bahawa Rasulullah SAW pernah memegang tangan orang yang majdzum (kusta). Baginda meletakkan tangannya pada piring makan seraya bersabda, ‘Makanlah. Yakinlah kepada ALLAH SWT dan bertawakallah.” [HR Abu Dawud]

13. Tidak Duduk Pada Meja yang Dihidangkan Makanan Haram

Dari Jabir r.a bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda, “Barang siapa yang beriman kepada ALLAH dan hari akhir, maka hendaklah ia tidak duduk pada meja makan yang padanya diedarkan minuman khamr.” [HR Tirmidzi]

14. Mendoakan yang Mengundang Makan

Dari Anas bin Malik r.a bahawa Rasulullah SAW pernah datang ke Sa’ad bin Ubadah r.a yang menghidangkan roti dan mentega. Rasulullah SAW memakannya lalu baginda bersabda, “Telah berbuka di sisimu orang-orang yang berpuasa. Hidanganmu telah dimakan oleh orang-orang soleh (baik) dan malaikat pun mendoakan kebaikan untukmu.” [HR Ahmad dan Abu Dawud]

15. Menutup Tempat Makan dan Minum

Dari Jabir r.a bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda, “Tutuplah tempat makanan dan minuman!” [HR Bukhari dan Muslim]

Info: Menutup tempat makan dan minum sangat bermanfaat untuk menghindarkan makanan daripada dicemari udara, kotoran atau zat-zat yang berbahaya yang dapat masuk ke dalam makanan dan minuman yang tidak ditutupi.

Tatacara Pemakanan Sihat Rasulullah SAW

1. Rasulullah SAW tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging, ayam ataupun ikan.

Nabi Muhammad SAW pernah melarang para sahabat daripada makan ikan bersama susu. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit.

2. Rasulullah SAW melarang meminum susu bersama cuka.

Cuka boleh merencatkan penyerapan protein susu dan kemasamannya boleh menghakis perut melalui tahap keasidannya lama-kelamaan boleh menyebabkan gastrik.

3. Elakkan meminum susu bersama buah.

Contohnya koktel kerana gabungan dua bahan ini boleh meningkatkan kadar keasidan perut yang akan menyebabkan sebu dan gastrik.

4. Rasulullah SAW tidak makan ikan bersama daging, telur atau daun salad.

Hidupan laut dan hidupan darat mempunyai cas ion yang berbeza. Jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur maka akan terjadinya tindak biokimia (biochemical reactions) yang aktif di dalam tubuh sekaligus boleh menyebabkan perut dan usus rosak dengan teruk.

5. Rasulullah SAW memakan buah-buahan terlebih dahulu sebelum makan makanan berat seperti gandum atau roti.

Makan buah sebelum makan. Seoloknya setengah jam sebelum makan nasi. Kita tidak sepatutnya makan buah selepas makan nasi. Buah-buahan mengandungi serat yang tinggi. Apabila kita makan buah sebelum makan nasi, secara automatik perut kita telah penuh dengan serat. Jadi kita tidak akan makan nasi dalam kuantiti yang banyak.

6. Nabi Muhammad SAW biasa memakan bijirin seperti Habatus Sauda’, barli dan oat.

Rasulullah SAW bersabda, “Al-Habbah Al-Sauda’ mempunyai ubat bagi segala penyakit kecuali mati.” [HR Bukhari dan Muslim]

Pemakanan berasaskan bijirin sememangnya berkhasiat kerana ia kaya dengan bahan phytanutrients. Phytanutrients adalah sejenis antioksidan yang berkuasa tinggi yang mampu meningkatkan sistem pertahanan badan, menyihatkan jantung, mengawal penyakit kencing manis dan kegemukan melampau (obesiti) serta mampu mencegah kanser.

Al-Hakam bin Uyainah berkata, “Adapun Rasulullah SAW tidaklah baginda tidur malam sehingga baginda memakan Habbatus Sauda’ dan madu. Begitulah juga amalan baginda pada awal pagi untuk tenaga, hafalan dan menghilangkan lendir (lelah/asma).”

7. Baginda SAW juga memakan roti yang diperbuat daripada gandum asli.

Whole grain wheat mempunyai perbezaan berbanding tepung gandum proses kerana ia mengandungi kadar protein, serat dan vitamin B tinggi yang mengurangkan risiko penyakit jantung dan merendahkan kadar kolestrol.

Roti gandum mengandungi karbohidrat di mana setiap individu memerlukan 50-60% karbohidrat setiap hari untuk membekalkan tenaga dan juga mempunyai zat-zat logam yang lain, vitamin dan serat untuk kepentingan kesihatan manusia.

Yusuf bin Abdullah bin Salam r.a meriwayatkan, “Aku melihat Rasulullah SAW mengambil sekeping roti gandum dan meletakkan tamar di atasnya dan memakannya.” [HR Abu Dawud]

Aisyah berkata, “Keluarga nabi tidak pernah kenyang dengan memakan roti gandum berturut-turut dan (pada hari mereka tidak memperolehi roti) mereka memakan tamar.” [HR Bukhari dan Muslim]

8. Buah tamar

Aisyah berkata, “Ada ketikanya dapur rumah kami tidak berasap selama sebulan. Yang ada (untuk dijadikan makanan) hanyalah buah tamar dan air. Melainkan kadang kala diberikan kepada kami sedikit daging.” [HR Bukhari dan Muslim]

Info: Buah tamar atau kurma mengandungi karbohdirat, protein, serat yang tinggi, lemak yang rendah dan pelbagai khasiat yang diperlukan untuk kesihatan manusia.

9. Rasulullah SAW juga memakan buah-buahan lain seperti tembikai.

Aisyah pernah berkata, “Rasulullah pernah memakan buah tembikai bersama-ama dengan buah tamar basah.” [HR Abu Dawud dan Tirmidzi]

Info: Tembikai mempunyai 92% air dan 8% gula serta mengandungi antioksidan yang disebut lycopene yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit terutamanya kanser.

10. Rasulullah SAW juga menggemari sayuran dan jenis mentimun (cucumber)

Info: Mentimun kaya dengan air yang mampu menyejukkan badan. Mentimun juga mengandungi vitamin C yang mampu meredakan radang kulit. Silika yang terkandung di dalam mentimun boleh menjamin kesihatan sistem saraf yang melibatkan otot, tendon, ligamen dan tulang. Disebabkan mentimun mempunyai banyak air, pengambilannya dengan makanan yang berserat merupakan langkah satu yang baik dalam diet pemakanan seseorang.

11. Nabi SAW juga menggalakkan pengambilan madu.

Baginda SAW mengamalkan meminum air sejuk yang bercampur sedikit madu pada setiap pagi bagi menghindarkan diri daripada segala penyakit.

“…Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran ALLAH) bagi orang yang berfikir.” [An-Nahl, 16:69]

12. Nabi SAW sentiasa mengamalkan banyak meminum air

Semasa meminum air, teguklah perlahan-lahan sambil memegang gelas dengan tangan kanan dan janganlah bernafas atau menghembus ke dalam air tersebut. Udara yang sengaja dibuihkan dalam air itu mungkin mengandungi kuman dan bakteria yang berbahaya kepada kesihatan.

Minum sebaik-baiknya sebelum makan. Jangan meneguk air ketika sedang makan.

Minumlah air jika tersedak, berasa kekeringan ataupun setengah jam sesudah makan. Hal ini akan melancarkan selera makan dan dapat mengelakkan daripada terkena penyakit kembung air.

Meminum air sekurang-kurangnya setengah jam sesudah makan dapat mengembalikan tenaga yang hilang pada kadar masa yang lama dan dapat mengembalikan keserian wajah serta awet muda.

13. Nabi Muhammad SAW melarang manusia makan dengan banyak dan melampau.

Diriwayatkan bahawa para sahabat berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Kita (kaum muslimin) adalah kaum yang hanya makan bila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang.”

14. Nabi Muhammad SAW juga menyuruh menjamah secubit garam sebelum makan untuk menolak 70 jenis penyakit dan mengambil secalit lagi dengan jari manis tangan kanan setelah makan.

15. Membaca Basmalah dan berdoa sebelum serta selepas makan. Tangan juga perlu dicuci sebelum dan selepas makan.

16. Nabi SAW mengajar kita makan dengan tangan kanan

Jabir r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya.” [HR Muslim]

Info: Apabila selesai makan hendaklah menjilat jari-jemari. Ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jemari, iaitu 10 kali ganda yang terdapat di dalam air liur. Enzim merupakan sejenis alat pencerna makanan. Tanpa enzim makanan tidak dapat dihadam dengan baik.

“Dan janganlah ia mengelap tangannya dengan mindil/tuala hendaklah ia menjilati tangannya, kerana seseorang itu tidak mengetahui pada makanannya yang mana yang mengandungi berkat untuknya, sesungguhnya syaitan itu selalu mengintai untuk merampas harta manusia dari segala penjuru sehingga di tempat makannya. Dan janganlah ia mengangkat shahfah (bekas makanan)nya hingga menjilatinya dengan tangan, kerana sesungguhnya pada akhir makanan itu mengandung berkat.” [Kitab Silsilah hadits-hadits shahih no. 1404]

Berkata Imam Nawawi, tentang makna kalimat “Pada makanannya yang mana yang
diberkahi.” Ia berkata: Sesungguhnya makanan yang dihidangkan untuk manusia itu mengandung berkat, sedang dia tidak mengetahui apakah berkat itu pada makanan yang ia makan atau pada sisa makanan yang melekat di tangannya atau pada sisa makanan di dalam shahfah atau pada suapan yang jatuh. Demikian hendaklah ia menjaga semua itu agar selalu mendapat berkat. [Fathul Bari 9/578]

17. Sebaiknya kita yang menunggu makanan dan bukan makanan yang menunggu kita.

Makan dan minum perlulah dalam keadaan duduk, tidak berdiri. Lebih bagus sekiranya  makan dalam keadaan duduk dengan menegakkan sebelah lutut sambil menekan perut. Hikmahnya dapat mengawal kuantiti makanan di samping mengatasi kembung dan senak perut.

18. Makan berjemaah bersama keluarga atau sahabat

Berkenaan dengan seseorang yang datang kepadanya dan Rasulullah SAW bersabda;
“Wahai Rasulullah, kami ini setiap kali makan tidak pernah kenyang.” Maka Rasulullah berkata: “Pasti masing-masing kamu makan sendiri-sendiri.” Orang itu menjawab: “Benar, Ya Rasulullah!” Rasulullah berkata: “Berjemaahlah dalam menyantap makananmu.”

19. Rasulullah SAW melarang meninggalkan makan malam.

Sesiapa yang meninggalkan makan malamnya akan mempercepatkan tua sebelum masanya kerana keasidan dan tahap kolestrol dalam darah serta badannya akan berganda.

Makanlah sekadar mengisi perut (bukan kenyang) walaupun dengan sebiji kurma untuk proses penghadaman dan proses metabolisma gizi-gizi makanan ke saluran bahagian lain.

Semasa tidur pertumbuhan badan kita akan menentukan tahap kesihatan kita. Sewaktu bayi terbukti prosesnya, semasa dewasa ia statik tetapi memperbaiki mana-mana unit dalam badan kita dapat difungsikan dan kerana itu kadang lepas bangun tidur seseorang merasa segar dan bertenaga.

Para penzuhud berpendapat makan malam mampu memberi tenaga untuk berqiam malam untuk beribadat.

 20. Elakkan kekenyangan sebelum tidur.

Tidur dalam kekenyangan merupakan perangai Firaun. Seseorang akan mudah dipengaruhi syaitan apabila tidur dalam kekenyangan. 

Suatu ketika Nabi Yahya a.s. berbual dengan iblis. Berkata iblis, “Ya ada, kadang-kadang kamu kenyang, lalu aku membuat kamu merasa berat untuk bersolat dan berzikir.”

Dari segi kesihatan pula adalah tidak digalakkan makan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum tidur kerana tidur dengan kekenyangan boleh memudaratkan sistem tubuh badan.

Makanlah sebelum jam 9.00 malam dan jika lapar selepas makan berat awal, pada jam 6-7 malam, ambillah hanya sedikit makanan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum masuk tidur.

 21. Berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadhan

Disunatkan juga berpuasa pada hari-hari tertentu bagi menjamin kesihatan yang berkekalan sepanjang hayat.

Apabila bersahur, minumlah sekurang-kurangnya segelas air sejam sebelum solat Subuh dan selewat-lewatnya 10 minit sebelum masuk waktu imsak. Ini adalah perlu bagi menjamin kekuatan sewaktu menjalani ibadah puasa. Manakala apabila berbuka puasa pada waktu Maghrib, perlu disegerakan dengan memakan 3 biji kurma atau manisan dan segelas air terlebih dahulu.

22. Islam melarang penganutnya untuk meminum arak, memakan babi dan anjing serta keluarganya, binatang dan tumbuhan yang beracun,berbisa dan berbahaya. Dilarang juga memakan najis, (darah, nanah, air mazi dan sebagainya) serta serangga yang hidup melata, jijik lagi beracun.



No comments:

Post a Comment