Berikut
merupakan antara amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad Shalallahu
‘alaihi wasalam dan
ia menjadi sunnah buat umatnya yang dikasihi. Amalan ini mampu menjadikan
seseorang itu mencintai baginda dan boleh membawa seseorang itu cenderung ke
arah ‘soleh wa musleh’.
.
1. Senyuman
Abdullah bin
Al-Harist Radliyallahu’anhu menuturkan, yang artinya, “Tidak pernah aku melihat seseorang
yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam.” (Riwayat At-Tirmidzi)
.
2. Dahulukan Kanan
Daripada
Aisyah, katanya: “Rasulullah Shalallahu
‘alaihi wasalam lebih
suka mendahulukan yang kanan dalam segala hal (perbuatan) seperti memakai
terompah, bersikat, berwuduk dan mandi.“ (Hadis riwayat Muslim)
.
3. Berpakaian
Ummu Salamah
meriwayatkan: “Pakaian yang paling disukai oleh Baginda Shalallahu
‘alaihi wasalam ialah pakaian Qamis).” (Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)
.
4. Bercelak
Ibnu Abbas
meriwayatkan bahawa Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda:“Hendaklah kamu bercelak dengan menggunakan batu celak (Al-Itsmid)
kerana celak dapat memperjelaskan penglihatan dan menumbuhkan bulu (mata).” (Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)
.
5. Memakai Cincin
Ali bin Abi
Talib meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu
‘alaihi wasalam memakai cincin di jari tangan kanan Baginda.” (Riwayat Tarmizi, Abu Daud, Nasa’i dan
Ibnu Hibban.)
.
6. Makan
Ka’ab bin
Malik r.a. meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu
‘alaihi wasalam makan menggunakan ketiga jari Baginda. Selepas
makan Baginda menjilati ketiga-tiganya.”(Riwayat Tarmizi,
Muslim, Abu Daud dan Ahmad)
.
7. Minum
Ibnu Abbas
r.a. meriwayatkan: “Ketika Rasulullah Shalallahu
‘alaihi wasalam minum, Baginda menarik nafas (menghela) dua kali.” (Riwayat Tarmizi dan Abu Syaikh)
.
8. Bersilaturrahim
Rasulullah
SAW bersabda: “Tahukah kamu tentang
sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan ataupun keburukan? Sesuatu yang
paling cepat mendatangkan kebaikan, adalah balasan (pahala) orang yang berbuat
kebaikan dan menghubungkan tali silaturahmi, sedangkan yang paling cepat
mendatangkan keburukan ialah balasan bagi orang yang berbuat jahat dan yang
memutuskan persaudaraan.” (Riwayat Ibnu Majah).
.
9. Berjalan
Ali bin Abi
Talib meriwayatkan: “Apabila Rasulullah Shalallahu
‘alaihi wasalam berjalan, tubuh Baginda tegak seperti sedang
menuruni tanah yang landai.” (Riwayat
Tarmizi dan Hakim)
.
10. Berkata
Anas Ibnu
Malik r.a. meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu
‘alaihi wasalam mengulangi perkataan Baginda tiga kali supaya
lebih difahami (oleh pendengarnya).” (Riwayat Tarmizi dan Hakim)
.
11. Tertawa
Abdullah bin
Harith r.a. meriwayatkan: “Tawa Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi
wasalam hanyalah senyuman.” (Riwayat Tarmizi )
.
12. Bergurau
Anas bin
Malik r.a. meriwayatkan: “Betapa baiknya Nabi Shalallahu
‘alaihi wasalammenggauli kami. Baginda berkata kepada saudaraku yang masih
kecil, ‘Wahai Abu Umair, apa yang sedang dilakukan oleh burung nughair?’” (Riwayat Tarmizi, Bukhari, Abu Daud,
Nasa’i dan Ahmad)
.
13. Tidur
Aisyah r.ha.
meriwayatkan: “Setiap kali hendak tidur pada malam hari,
RasulullahShalallahu ‘alaihi wasalam selalu
menadahkan kedua tapak tangan sambil membaca Surah al-Ikhlas, al-Falaq
dan an-Nas kemudian Baginda meniup kedua-dua tapak tangan tersebut. Setelah
itu, Baginda menyapu bahagian tubuh yang terjangkau, dimulai dari kepala, wajah
lalu bahagian depan tubuh Baginda. Hal itu Baginda lakukan sebanyak tiga kali.” (Riwayat Tarmizi, Abu Daud, Ibnu
Majah, Nasa’i dan Ahmad)
.
14. Membaca al-Quran
Ya’la bin
Mamlak bertanya kepada Ummu Salamah tentang cara Rasulullah Shalallahu
‘alaihi wasalam membaca
al-Quran. Menurut Ummu Salamah, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam membaca al-Quran dengan sangat jelas
kalimah demi kalimah. (Riwayat Tarmizi, Bukhari, Abu Daud dan Nasa’i)
.
15. Ibadah
Abu Hurairah
r.a. meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu
‘alaihi wasalam melaksanakan solat hingga kedua-dua kaki Baginda
bengkak. Beliau bertanya, “Mengapa engkau melakukan hal ini padahal engkau
mengetahui bahawa Allah SWT telah mengampuni dosamu yang telah berlalu dan akan
datang?” Baginda Shalallahu ‘alaihi wasalammenjawab, ‘Tidakkah aku
menjadi hamba yang banyak bersyukur?’.” (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Khuzaimah)
No comments:
Post a Comment